Jawatan Kosong PSH Di Jabatan Perdana Menteri

jpm

Jabatan Perdana Menteri mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan Pekerja Sambilan Harian.

Kelayakan Akademik Pemohon
Pemohon yang telah menamatkan pengajian pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kewangan, E-Kesetiausahaan, Kesetiausahaan, Komunikasi, Pengurusan dan Teknologi Pejabat, Perakaunan, Sains Komputer, Teknologi Maklumat adalah diutamakan untuk memohon. Manakala bagi lain-lain bidang adalah digalakkan.
Tempoh Perkhidmatan
Tempoh minimum perkhidmatan yang ditawarkan adalah tidak melebihi tiga (3) bulan.
Penempatan
Penempatan tempat bertugas di Bahagian/Seksyen/Unit di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.
Kadar Upah
PSH layak menerima kadar upah berdasarkan kelayakan akademik yang bersesuaian dengan jenis tugas yang akan dilaksanakan. Kadar upah adalah seperti berikut:-
Upah (RM/Sehari)
Ijazah Sarjana Muda 100.00
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia / Diploma 72.00 S
ijil Pelajaran Malaysia 54.00
Prosedur Permohonan
Pemohon boleh mengemukakan permohonan yang lengkap secara pos atau melalui emel bagi tujuan rekod dan semakan, dokumen yang diperlukan seperti berikut:-
 Resume terkini beserta gambar passport;
 Salinan Kad Pengenalan;
 Salinan Sijil Tamat Persekolahan/Pengajian;
 Salinan Sijil Akademik; dan
 Sijil-sijil yang berkaitan.
Pegawai untuk dihubungi dan Alamat Pejabat. Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai Unit Pengambilan seperti berikut:-
Nama Pegawai : Puan Nur Sakinah binti Sulaiman
No. Telefon : 03-8872 1857
Emel : sakinah@jpm.gov.my
Nama Pegawai : Encik Azrin Shah bin Sulaiman Shah
No. Telefon : 03-8872 1859
Emel : azrin@jpm.gov.my
Permohonan boleh dihantar secara pos ke alamat berikut:-
Setiausaha Bahagian
Bahagian Inovasi dan Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Perdana Menteri
Aras 3, Blok B8, Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Pengambilan)